Auto Express

Suzuki Avenis 125 dan Burgman 125 bakal masuk pasaran Malaysia tahun depan, harga anggaran RM7k


Suzuki Avenis 125 dan Burgman 125 bakal masuk pasaran Malaysia tahun depan, harga anggaran RM7k

Semasa Kuala lumpur Bike Show 2023, Suzuki Malaysia tidak membuat sebarang acara pengenalan atau pra tonton rasmi, tetapi dalam diam meletakkan beberapa model baru yang masih belum dilancarkan untuk pasaran negara kita. Dua daripadanya adalah skuter Avenis 125 dan Burgman 125.

Penampilan dua skuter ini adalah berbeza, dengan Burgman mempunyai saiz seperti Yamaha NMax dan Honda PCX, dengan penampilan yang lebih elegan dan catatan berat 110 kg, sementara Avenis pula lebih kecil dan mencatat berat 106 kg.

Perincian lain kebanyakannya adalah sama, bermula dengan enjin iaitu unit satu silinder SOHC penyejukan udara 124 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik serta padanan transmisi CVT untuk menyampaikan kuasa sehingga 8.7 PS pada 6,750 rpm dan tork 10 Nm pada 5,500 rpm kepada roda belakang.

Menjadikan dua skuter ini nampak sedikit pelik adalah roda yang kecil, iaitu bersaiz 12 inci di hadapan, dibalut tayar 90/90 dan 10 inci di belakang, dibalut tayar 90/100. Sistem brek pula hanya bahagian hadapan menggunakan unit cakera sementara di belakang masih dram dan tiada ABS pada dua skuter ini.

Menurut maklumat yang kami terima, Avenis 125 dan Burgman 125 akan dipasang di dalam negara, dan harganya perlu dijadikan lebih rendah berbanding skuter 150 cc yang popular di pasaran. Jangkaan yang diberi adalah sekitar RM7k ke RM8k. Pelancarannya pula dijangka berlaku awal tahun hadapan.

GALERI: Suzuki Avenis 125

GALERI: Suzuki Burgman 125

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button