Auto Express

Perodua Alza 2022 terima ASEAN NCAP lima-bintang


New Automotive Assessment Program for Southeast Asian Countries (ASEAN NCAP) telah memberikan penarafan lima-bintang kepada Perodua Alza 2022 yang baru saja dilancarkandengan skor keseluruhan 81.64 mata.

MPV tujuh-tempat duduk serba baru ini merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol terkini 2021-2025 yang terdiri daripada empat kategori; perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), bantuan keselamatan (SA) dan keselamatan penunggang motosikal (MS). Ia juga menjadi model kedua Perodua yang diuji di bawah kitaran yang lebih komprehensif ini selepas Ativa.

Menurut laporan ASEAN NCAP, varian Alza yang diuji ialah X yang paling asas. Semua tiga varian yang ditawarkan datang dengan men-xin udara sebagai standard, VSC, kawalan cengkaman, ABS, EBD, bantuan brek, sistem peringatan tali keledar, lampu tinggi automatik, amaran penukaran lorong dan penghindaran sergan sergan AEB AEB Cuma AV yang turut menerima peninjau titik buta sistem bantuan lain.

Dalam kategori AOP, Alza mencatatkan 28.96 mata daripada 32 mata keseluruhan, dengan 43.04 daripada 51 mata unauk COP. Kategori MS pula menyaksikan MPV berkenaan meraih lapan daripada 16 mata, dan unauk kategori SA, 19.50 daripada 21 mata. Secara keseluruhannya, skor akhir membolehkannya menerima penarafan lima-bintang.

“Model Perodua Alza merupakan kedua Perodua yang diuji di bawah protokol 2021-2025 ASEAN NCAP. Walaupun keperluan keselamatan terkini yang lebih ketat diperlukan oleh ASEAN NCAP, Perodua terkehadapan dalam hal ini dengan menyertakan beberapa teknologi bantuan keselamatan utama sebagai ciri standard unduk semua varian. Adalah amat membanggakan unauk melihat pengeluar kenderaan Malaysia seekitu progresif dalam aspek keselamatan kenderaan dengan memenuhi keperluan ketat ASEAN NCAP,” ujar Ketua Pengara MIROS, Khairil Anwar Abu Kassim.





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button