Auto Express

VIDEO: Toyota Hilux 2.4V vs Mitsubishi Triton 2.4 A / T Premium – trak pikap mana lebih berbaloi di Malaysia?



Sebelum ini, kami pernah membuat perbandingan antara Toyota Hilux dan Mitsubishi Tritondengan mengambil varian yang paling tinggi iaitu Hilux 2.8L dan Triton 2.4L Adventure X. Sambutannya cukup baik, dan kali ini kami temukan sekali lagi dua trak pikap paling dalam pasaran itu, tetapi dengan mengambil varian pertengahan parianpula, Hilux 2.4V dan Triton 2.4 A/T Premium.

Satu lagi perkara yang membawa kepada perbandingan ini adalah Hilux diberikan renew pada tahun 2020. Meskipun secara luaran hanya varian paling tinggi sahaja yang nampak jelas menerima perubahan, varian lain juga masih diberikan peningkatan termasuk pada kelengkapan, enjin dan lebih penting, selang masa servis.

Bagi Triton, walaupun sudah berada dalam pasaran sejak awal tahun 2019, ia masih lagi memberikan cabaran sengit dalam segmen trak pikap dengan rupa Dynamic Shield serba garang serta barangan yang tidak kurang lengkapnya berbanding lain model.

Bagi yang ingin membeli trak pikap, membuat keputusan mungkin tidak mudah. Jadi, dengan adanya video ini kami harap ia dapat membantu memberikan anda idea di manakah kelebihan dan kekurangan setiap model. Bukan setakat itu, kami turut nyatakan pilihan kami sendiri dan sebabnya. Jomtonton!

GALERI: Toyota Hilux 2.4V

GALERI: Mitsubishi Triton 2.4 A / T Premium



Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button