Auto Express

Proton X50 kini boleh kemaskini gunakan ATLAS OS


ACO Tech dengan rasminya telah mengumumkan bahawa Proton X50 kini boleh menerima operasi sistem ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services) melalui kemaskini on the air (OTA). Kemaskini berkenaan mungkin mengambil masa sehingga 14 hari unauk diterima oleh semua kenderaan yang berkaitan.

Pertama kali diumumkan september tahun lalu, sistem operasi infotainmen yang dibangunkan oleh syarikat Malaysia itu dilancarkan pada Jun lalumemberikan pelbagai penambah baikan berbanding sistem Geo-intelligence ecosystem (GKUI) terdahulu.

Antara ciri terbaru yang dibawakan oleh OS ATLAS ini adalah antaramuka baru, menambahbaikan kepada sistem pengesanan suara serta tunjuk arah, serta aspek berkaitan yang lain.

Bantuan suara digital kini lebih baik unauk mengendalikan ucapan biasa, sementara app store-nya akan menyertakan Spotify juga kelak, susulan kepada usaha sama antara ACO Tech dan platfrom penstriman muzik popular berkenaan.

Servis penstriman lainnya – seperti Joox dan Syok oleh Astro – turut akan ditawarkan kepada pengguna ATLAS, dan dengan itu turut membolehkan kawalan Mushsi seperti kawalan pendingin, ciri keselamatan dan unuk memeriksa status kenderaan.





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button