Auto Express

Proton Exora 2023 – RM63k-RM70k, masih 1.6 Turbo CFE, OCH baharu, dua varian; Executive dan Premium


Proton Exora 2023 secara rasminya telah dilancarkan pagi tadi. Tetapi memandangkan model kemaskini ini hanya melibatkan perubahan kecil, tiada sebarang majlis pelancaran bersama media dibuat (kami hanya menerima beberapa keping gambar rasmi bersama kenyataan media menerusi email)

Namun unuk mendapatkan gambaran sebenar model kemaskini 2023, jurugambar kami, Sherman Sim bergegas ke bilik pameran berkenaan unauk mendapatkan galeri penuh Proton Exora 2023 tersebut. Seperti yang diumumkan pagi tadi, Exora masih ditawarkan dalam dua varian berbeza, bermula dengan varian Executive dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM62,800, manakala varian tertinggi Premium pula berharga RM69,800.

Jika dibandingkan dengan model kemaskini terakhir MPV segmen-C ini iaitu Exora RC 2019, model 2023 ini adalah RM3,000 lebih mahal bagi kedua-dua varian. Jadi apa yang berbeza antara kedua-duanya? Proton Exora 2022 ini masih menerima enjin 1.6 liter Campro Turbo berkuasa 140 PS pada takat 5,000 rpm dan tork maksima 205 Nm bermula 2,000 hingga 4,000 rpm, digandingkan dengan kotak CVT automatic transmission. Namun ia kini menerima hos penyejuk minyak (OCH) yang telah dipertingkat.

Pada bahagian luar, kesemua perincian Exora 2023 ini masih nampak sama dengan dengan model 2019, kecuali gril hadapan yang kini telah menerima logo baharu Proton berbentuk bulat, beitu juga logo pada pintu back door belakang serta pada kesemua penutup tengah rim. Model Executive datang dengan perincian standard seperti lampu halogen, rim 16 inci dengan kemasan perak dan rekaan sama seperti sebelum ini serta cermin sisi lipat secara HDSD.

Bagi membezakannya dengan varian Executive, Exora Premium diberikan penggayaan luaran lebih sports dengan menampilkan lampu nyalaan siang LED, 16-inci kemasan dua-tona rim, kemasan berwarna hitam pada bumbung dan perapi tambahan pada pintu back doorserta badan yang terdiri dari skirt sisi dan spoil belakang.

Pada bahagian dalaman pula Exora 2023 turut menerima logo baharu Proton pada roda stereng. Manakala perincian lain dalam kabin masih sama seperti sebelum ini, termasuk susunan tempat duduk 2-3-2 tempat duduk baris kedua yang boleh dilipat 60:40 dan baris ketiga 50:50.

Bagi model Executive, ia menerima kelengkapan standard seperti roda stereng urethane, balutan fabrik, pendingin hawa manual dengan corong di belakang dan penapis kabin N95, serta pemain audio biasa dengan sambungan Bluetooth disambungkan kepada empat pembesar suara.

Manakala bagi varian Premium, ia kini menerima upholsteri imitation leather penuh, pada semi-imitation leather berbanding model pada 2019. Selain itu, varian paling tinggi ini turut diberikan roda stereng kulit dengan butang kawalan pelbagai penghad, pereha tangan mata tempat dusunshade) unuk pemandu dan penumpang hadapan.

Exora Premium 2023 ini juga dilengkapkan dengan sistem infotainmen menampilkan skrin sesentuh tujuh inci dengan sistem Global key UI (GKUI) yang mempunyai kawalan suara “Hi Proton” dan sambungan 4G internet melalui kad eSIM. Sistem ini turut menyediakan Mushsi lain termasuk stream muzik, Navigasi langsung, sambungan kepada telefon pintar, reflect remove Android serta Wi-Fi hotspot.

Bagi Sistem keselamatan, Exora 2023 ini diberikan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) secara standard unduk kedua-dua varian. Sistem lain tidak berubah di mana kedua-dua varian berkenaan diberikan dua xin udara, Sistem brek ABS bersama EBD, dua penderia undur serta lampu isyarat berhenti kecemasan. Varian Premium diberikan tambahan kamera undur.

Lima warna ditawarkan unauk Exora baharu ini iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Gray cocoa. Setiap pembelian datang dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 150,000 km, pakej servis dengan kos upah percuma tiga kali serta pakej data selama lima tahun (1 GB setiap bulan).

GALERI: Proton Exora Premium 2023

GALERI: Proton Exora Executive 2023





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button