Auto Express

Yamaha XForce 2022 didedah di Jepun – enjin 155 cc VVA, ABS traction control system datang


Yamaha memperkenalkan sebuah skuter baru unduk pasaran Jepun, iaitu XForce 2022. Ini adalah sebuah skuter yang menggunakan enjin satu silinder SOHC VVA 155 cc sama seperti NMax 155 dan NVX 155, tetapi dengan bentuk badan yang berbeza. Ia juga ada dipasarkan di Taiwan.

Bentuk nampak lebih agresif dengan rekaan bahagian hadapan seperti XMax 250, dan dilengkapi dengan lampu utama serta belakang jenis LED. Pemegangnya pula dijadikan lebih tinggi, bagi menghasilkan kedudukan menunggang yang tegak dan selesa.

Memegang skuter ini atas jalan adalah fork teleskopik di hadapan, dan dua penyerap hentak di belakang, sementara rim pula kedua-duanya menggunakan saiz 13 inci dengan saiz tayar masing-masing 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang.

Brek cakera diberikan pada kedua-dua roda hadapan dan belakang, dan ia turut dilengkapi dengan sistem ABS two channels. Menjadikannya lebih selamat, Yamaha turut memasang sistem kawalan cengkaman pada skuter ini. Di bawah tempat duduk, tersedia ruang simpanan 23.2 liters.

LCD digital dashboard pada XForce 155 mempunyai bentuk petak yang ringkas, tetapi ia boleh disambung kepada telefon bimbit melalui aplikasi Yamaha Motorcycle Connect unuk membolehkan paparan Informasi tambahan seperti penggunaan bahan api, terain kedudukan menu.

Masih lagi menggunakan kunci biasa unauk dihidupkan (bukan sistem tanpa kunci), penguin XForce turut menyediakan soket USB berhampiran soket kunci. Papan lantai skuter ini juga berbentuk rata, dengan tangki bahan apinya berkapasiti 6.1 liters dan tempat mengisinya berada tinggi, bawah sedikit daripada pemegang. Di Jepun, XForce 155 dijual sedikit murah berbanding NMax 155, iaitu pada harga 396,000 yen (RM13,050).





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button