Auto Express

Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!


Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

Satu-satunya perlumbaan rali yang dilangsungkan di Malaysia tahun ini iaitu Rally Sprint 2023 yang dianjurkan oleh Rally Sprint X-One telahpun berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu. Perlumbaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang tersebut bermula pada malam 9 Disember dan berakhir pada petang 10 Disember.

Bilangan pelumba untuk Rally Sprint kali ini dilihat meningkat di mana ia bukan hanya menarik minat muka-muka biasa dalam disiplin rali di Malaysia, malah penyertaan yang mencecah 31 kereta untuk kali untuk turut melihat pelumba-pelumba litar dan Gymkhana turut mendaftar untuk perlumbaan rali 100% di atas permukaan tar tersebut.

Kesemua kereta yang bertanding dibahagikan kepada empat kelas utama iaitu P9 (kapasiti enjin sehingga dan termasuk 1,400cc), P10 (lebih dari 1,401cc sehingga dan termasuk 1,600cc), P11 (lebih dari 1,601 cc sehingga 2,000 cc), dan P12 (lebih dari 2,000 cc 4WD).

Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

Tambah menarik pihak penganjur juga menambah empat kategori istimewa bagi mempromosikan lagi sukan ini kepada lebih ramai pelumba iaitu Classic Cup (untuk kereta lebih berusia), Junior Cup (untuk pelumba muda), Ladies Cup (untuk pelumba wanita) dan juga Rookie Cup.

Bagi Rookie Cup, ia adalah kategori yang diwujudkan untuk pelumba yang benar-benar baharu iaitu tidak pernah berlumba dengan lesen perlumbaan yang dikeluarkan oleh MAM sebelum ini, dan kereta yang digunakan tidak perlu dilengkapi rollcage tetapi kapasiti enjin dihadkan di bawah 1,400 cc serta hanya dipadankan dengan kotak gear automatik atau CVT.

Pemandu rali Malaysia yang pernah menyinar di peringkat antarabangsa, Saladin Mazlan boleh dikatakan mendominasi hampir sepenuhnya Rally Sprint kali ini. Dari sembilan SS yang disediakan, Saladin menang tujuh SS (dari SS 1 hingga 7) membolehkannya menjadi juara keseluruhan dengan menghabiskan rali ini dengan masa 29 minit 48 saat.

Beliau mewakili pasukannya sendiri, Saladin Rallying berpasangan dengan juruarah lamanya, Arish Qutb dan memandu kereta yang diberi nama “MINI Deus”. Ia adalah jentera prototaip yang dibina menggunakan casis space frame, disumbat dengan enjin 2.0 liter turbo dan digandingkan dengan sistem pacuan semua roda, kemudian ‘disorokkan’ disebalik badan MINI klasik. Jadi ini turut membolehkan Saladin turut ‘menyapu’ trofi bagi kelas P12.

Manakala tempat kedua pula adalah milik pelumba yang sinonim dengan pelumbaan litar khususnya siri Malaysia Speed Festival (MSF), Zahid Latif. Beliau memandu jentera kelas P9 iaitu Daihatsu Mira L5 dua pintu asli pasukan Kie Garage dan dibantu oleh juruarah Kamal Shukri menamatkan rali ini dengan masa 31 minit 9 saat.

Zahid dilihat bersaing hebat dengan seorang lagi pemandu rali berpengalaman negara, Haji Sutan Mustafa yang memandu Subaru Impreza WRX GDB khususnya pada SS 3 hingga 7, namun malang bagi Haji Sutan kerana keretanya mengalami kerosakan di SS9 dan gagal menamatkan perlumbaan.

Podium terakhir untuk Rally Sprint 2023 ini adalah milik pelumba wanita yang seringkali mengugat pelumba-pelumba lelaki dalam disiplin Gymkhana iaitu Ng Aik Sha. Beliau berpasangan dengan Norsharina Nor Ramlie sebagai juruarah, yang juga sebenarnya pelumba yang begitu sinonim dengan litar Sepang.

Dengan memandu Honda Civic EG, Aik Sha dan Sharina yang mewakili pasukan Estrada Motorsport turut menggondol trofi juara kelas P10 dan juga juara bagi kategori Ladies Cup.

Antara yang mencuri perhatian dalam Rally Sprint kali ini adalah juara kategori Junior iaitu Muhammad Iqbal Ahmad Suji. Iqbal yang bermula sebagai pelumba Simulator sebelum ini sudah pun mula memandu kereta lumba sebenar, dan kali ini merupakan penampilan pertamanya dalam perlumbaan rali.

Iqbal memandu Proton Satria bagi mewakili pasukan JR Speed Suci Muci Racing Team, dibantu oleh jururah Shazwan Akiff Shahrol turut menggondol tempat ketiga dalam kelas P10.

Dua orang pelumba kategori Rookie juga tidak kurang hebatnya – juara kelas ini iaitu pasangan Gan Yee Wei dan Tan Chee Wei dari pasukan Piston Project Jr Team yang hanya memandu Perodua Bezza berjaya berada di tempat ke-18 keseluruhan, manakala naib juara iaitu Farid Adley dan Wan Muhammad Akshah yang memandu Perodua Kembara menamatkan perlumbaan di tempat ke-28 keseluruhan.

Manakala bagi kategori klasik, ia dimenangi oleh Mohd Syu’aib Hassan yang dibantu jururah Allan Cham Wei Lun dari pasukan Pit Stop TV Rally Team. Proton Saga generasi pertama kategori P10 yang digunakan oleh pasangan ini berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-20 secara keseluruhan.

Berikut adalah keputusan untuk setiap kelas dan kategori:

Kelas P12

Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Saladin Mazlan & Arish Qutb
Saladin Rallying, MINI Deus

2. Faidzal Alang & Zamri Muhamat
Darsa Lube Consortium Rally Team, Mitsubishi Lancer Evo

3. Jasni Jaafar & Mohd Ridzuan Zakarian
Saladin Rallying, Subaru Impreza WRX GC8

Kelas P11

Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Mohd Shafiq Shamsuddin & Shasha Farina Mohd Shapie
Race Rally KL, Toyota Vios

2. Dinie Nazmie & Radin Mohd Saleh Shah
RNR Sport Speed Garage, Toyota Vios

3. Mitch Chong & Shafiq Baktiar
Geng Kampong Racer, Proton Satria

Kelas P10
Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Ng Aik Sha & Norsharina Nor Ramlie
Estrada Motorsport, Honda Civic EG

2. Azmeer Yusri Yusoff & Syahmie Ruzainie
Race Rally KL X Piston Project, Suzuki Swift Sport ZC32S

3. Muhammad Iqbal Ahmad Suji & Shazwan Akiff Shahrol
JR Speed Suci Muci Racing Team, Proton Satria

Kelas P9
Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Zahid Latif & Kamal Shukri
Kie Garage, Daihatsu Mira L5

2. Muhammad Khairul Nizam & Shahrol Zainal
JR Speed Suci Muci Racing Team, Proton Iriz

3. Chan Sook Ping & Gan Chew Hoon
Geng Kampong Racer, Proton Iswara

Classic Cup
Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Mohd Syu’aib Hassan & Allan Cham Wei Lun
Pit Stop TV Rally Team, Proton Saga

2. Musa Sahbardin & Mohd Irwan Shah
Sam Autotuned Racing Team, Proton Saga

3. Mahadi Husin & Aideel Husairry
SIR 2 Motorsport, Proton Saga

Junior Cup
Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Muhammad Iqbal Ahmad Suji & Shazwan Akiff Shahrol
JR Speed Suci Muci Racing Team, Proton Satria

2. Ibrahim Saladin & Suresh Sharma
Saladin Rallying, Proton Satria Neo

3. Shaik Irsyad & Shaik Ahmad Nazri
Twin Speed Rally, Proton Satria

Ladies Cup
Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Ng Aik Sha & Norsharina Nor Ramlie
Estrada Motorsport, Honda Civic EG

2. Chan Sook Ping & Gan Chew Hoon
Geng Kampong Racer, Proton Iswara

Rookie Cup
Rally Sprint 2023 gegar MAEPS – pertembungan pelumba rali, litar & Gymkhana; Saladin Mazlan juara!

1. Gan Yee Wei & Tan Chee Wei
Piston Project Jr Team, Perodua Bezza

2. Farid Adley & Wan Muhammad Akshah
Yetza Garage, Perodua Kembara

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button