Auto Express

Polis Johor cari 7 Porsche no. pendaftaran Singapura yang memotong secara merbahaya di Kota Tinggi


Susulan tersebarnya satu video di laman sosial memaparkan sekumpulan kereta sport berjenama Porsche yang kesemuanya mengenakan nombor pendaftaran dari Singapura memotong dengan cara merbaahaya di Johor hujhaung minggu lalu sedan

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt. Husin Bin Zamora, kejadian tersebut disahkan berlaku di KM42 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar / Sungai Rengit. Kesemua kereta berkenaan dikesan memandu dan memotong secara merbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan, tulis kenyataan itu lagi.

Secara keseluruhan sebanyak tujuh buah Porsche dilihat terlibat dalam kejadian tersebut masing-masing dengan nombor pendaftaran SLW3839P, EN403M, SKH3888M, SMG80C, SBA479Z, SMZ986P dan SNF19A.

“Polis Daerah Kota Tinggi memohon kerjasama pemilik kenderaan agar dapat hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi bagi membantu proses siasatan. Kes disiasat di bawah Kaedah 6 (1) LN166 / 59 iaitu memotong secara merbahaya,” kata Husin dalam kenyataan tersebut.

Dalam dua video yang tular pada 17 Julai berkenaan, kesemua Porsche tersebut dilihat berkonvoi dan memotong kenderaan yang sedang melalui sebatang jalan dua hala satu lorong di Kota Tinggi, Johor. Sebahagian justka dilihat memotong di kawasan garis berkembar, malah ada yang memotong tanpa mempedulikan kenderaan yang sedang dipandu dari arah bertentangan.





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button