Auto Express

Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS pada 23-25 Dis dan 29 Dis-1 Jan – PD, Slim River, Rawang


Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS pada 23-25 Dis dan 29 Dis-1 Jan – PD, Slim River, Rawang

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga dua juta kenderaan sehari akan berada di lebuh raya kendaliannya terutamanya pada hari-hari puncak bersempena dengan musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baharu. Justeru, sebagai kelancaran trafik pada waktu puncak, PLUS akan mengaktifkan beberapa laluan Smartlane di Lebuhraya Utara-Selatan, walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada keadaan trafik semasa.

Laluan terbabit ialah antara Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 – Arah Utara) pada 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (antara jam 8 pagi hingga 6 petang) dan antara laluan Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 – Arah Utara) pada 23 hingga 25 Disember 2023 dan pada 29 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (antara jam 9 pagi hingga 10 malam).

Selain itu, ia turut melibatkan laluan Gua Tempurung – Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara), Slim River – Sungkai (KM366.8 hingga KM354.0 – Arah Utara) dan dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang – Persimpangan Sungai Buaya (KM439.5 – KM435.5 – Arah Utara), namun pelaksanaan ini tertakluk kepada keadaan trafik semasa di lokasi-lokasi terbabit.

Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS pada 23-25 Dis dan 29 Dis-1 Jan – PD, Slim River, Rawang

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya PLUS di antara 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 supaya merancang perjalanan mereka dengan memilih waktu perjalanan yang sesuai untuk mereka mula memasuki lebuh raya melalui jadual digital My-TTA di dalam Aplikasi PLUS sepanjang tempoh musim perayaan ini.

Pada masa yang sama, PLUS turut proaktif membuat persediaan-persediaan lain untuk menguruskan peningkatan trafik melalui pelbagai pendekatan untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat, lancar dan selesa sempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baharu pada kali ini.

Ini termasuklah menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan di antara 20 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (pengecualian diberikan kepada kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna). Selain itu, PLUS turut menempatkan kira-kira 4,600 kakitangan di plaza-plaza tol, anggota PLUSRonda, kakitangan penyelenggaraan, Pusat Pemantauan Trafik dan anggota RELA.

“PLUS turut menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, bersedia secara fizikal dan mental untuk perjalanan jauh dan lebih berhati-hati ketika memandu semasa musim hujan. Pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk berhenti rehat di R&R atau hentian sebelah sebelum menyambung semula perjalanan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button