Auto Express

GWM Tank 700 Hi4-T dilancar di China – SUV offroad V6 3.0L turbo PHEV dengan kuasa 523 PS, tork 800 Nm


GWM Tank 700 Hi4-T dilancar di China – SUV offroad V6 3.0L turbo PHEV dengan kuasa 523 PS, tork 800 Nm

Selepas ditunjukkan kali pertama semasa pameran Auto Guangzhou tahun lepas, GWM Tank 700 Hi4-T kini dilancarkan secara rasmi di China. Ia menyertai barisan model SUV lasak GWM yang lain seperti Tank 500, Tank 400 dan Tank 300. Versi yang paling kecil itu akan dilancar untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Harga untuk Tank 700 ini bermula daripada 428,000 yuan (RM284,180) untuk varian asas, diikuti oleh varian atasnya yang berharga 468,000 yuan (RM310,739). Satu lagi varian istimewa yang diperkenalkan semasa pelancaran dijual pada harga 700,000 yuan (RM464,838), dan ia datang dengan tambahan pelbagai kemasan gentian karbon dan aksesori lain.

Hi4-T yang terdapat pada nama model ini membawa maksud Hybrid Intelligent 4WD, iaitu satu sistem plug-in hybrid yang dibangunkan khas untuk penggunaan offroad. Ia sudah pun digunakan pada model Tank lain, tetapi pada Tank 700, ia melibatkan padanan enjin petrol V6 turbo 3.0 liter dengan kuasa 354 PS (349 hp atau 260 kW) dan tork 560 Nm.

Ia kemudiannya dibantu motor elektrik berkuasa 163 PS (161 hp atau 120 kW) dan tork 400 Nm, yang disepadukan pada transmisi automatik sembilan kelajuan hidraulik (9HAT), untuk menghasilkan sistem hibrid.

Jumlah kuasa keseluruhan yang mampu dihasilkan adalah 523 PS (516 hp atau 385 kW) dan tork 800 Nm, dan bateri 37.1 kWh yang digunakan padanya boleh memberikan jarak gerak elektrik sehingga 100 km. GWM juga mendakwa penggunaan bahan api boleh menjadi serendah 2.97l/100 km.

Melihat kepada dimensi, Tank 700 mencatat ukuran panjang 5,113 mm, lebar 2,061 mm, tinggi 1,952 mm dan jarak roda 3,000 mm. Ia juga mempunyai keupayaan meredah air sehingga kedalaman 970 mm dalam mod tertentu dan 900 mm dalam mod biasa. Ini adalah hasil daripada penggunaan sistem suspensi udara yang boleh menurunkan kenderaan sehingga 50 mm.

GWM Tank 700 Hi4-T dilancar di China – SUV offroad V6 3.0L turbo PHEV dengan kuasa 523 PS, tork 800 Nm

Untuk penggunaan offroad, stabilizer bar belakang kenderaan ini juga boleh dicabut untuk memberikan pergerakan roda tambahan sebanyak 60 mm. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan adalah cangkuk treler elektrik, dan kenderaan ini mempunyai kemampuan menarik 2.5 tan.

Berkenaan rekaan, kita boleh nampak seperti ada persamaan dengan Mercedes-Benz G-Class, dengan bentuk berkotak, lengkuk roda yang membonjol keluar serta banyak lekuk-lekuk tajam. GWM juga bersemangat menunjukkan lampu utama LED pada Tank 700 ini, yang mempunyai tembakan cahaya dramatik apabila kenderaan dihidupkan.

Bagi model istimewa paling mahal yang diperkenalkan, ia menerima beberapa komponen gentian karbon seperti lip hadapan, diffuser belakang, spoiler bumbung serta hiasan atas bonet. Bahagian dalam pula menerima lapik bumbung berlampu seperti Starlight oleh Rolls-Royce.

Bahagian dalam Tank 700 banyak menggunakan balutan kulit serta bahan premium lain, sementara di atas papan pemuka terdapat skrin sesentuh besar di tengah dan panel instrumen digital. Ciri yang diberi antaranya adalah tempat duduk hadapan larasan kuasa dan berliang udara, kawalan pendingin hawa empat zon serta 26 ciri bantuan pemandu maju.

Memandangkan Tank 300 bakal dilancarkan di negara kita, ada kemungkinan Tank 700 juga bakal tiba. Apabila ditanya berkenaan perkara ini, timbalan presiden bahagian jenama dan komunikasi GWM ASEAN, Michael Zhang memberitahu, jika Tank 700 sampai ke Malaysia, ia mungkin lambat lagi kerana pengeluaran baru sahaja bermula di China.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button