Auto Express

Wanita dan penumpang Pajero Sport warga China ditahan Polis susulan kemalangan maut di LPT


Wanita dan penumpang Pajero Sport warga China ditahan Polis susulan kemalangan maut di LPT

Susulan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur semalam menyebabkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas mempuh sebuah trak pikap yang berhenti mengejut, polis mengesahkan bahawa seorang wanita yang menyebabkan insiden itu berlaku sudahpun ditahan, lapor Bernama.

Kemalangan tersebut disahkan berlaku di Kilomet 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, Pahang pada pukul 4.45 petang semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila seorang wanita berusia 35 tahun yang memandu sebuah SUV Mitsubishi Pajero Sport telah berhenti di tepi jalan dan melintas jalan dari sebelah kiri ke kanan jalan.

“Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap telah membrek secara mengejut. Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus mempuh bahagian belakang pikup tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dan menambah bahawa penunggang motosikal itu terjatuh di lorong laju manakala motosikal mangsa tercampak ke atas bahagian belakang pikap.

Wanita dan penumpang Pajero Sport warga China ditahan Polis susulan kemalangan maut di LPT

Mazlan turut menyatakan bahawa hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu wanita tersebut yang berhenti di bahu jalan dan melintas jalan. Beliau turut mengesahkan bahawa wanita tersebut direman selama dua hari, manakala penumpang Pajero Sport yang bersamanya, iaitu seorang lelaki warga China berusia 35 tahun turut direman selama tiga hari di Pejabat Trafik Temerloh.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 itu merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mazlan menyatakan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Do you want to do that? Similar to carrot.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button