Auto Express

Toyota Corolla GR Sport 2023 bakal tiba di pasaran Malaysia – dilancar pada 28 Ogos, harga RM152,800?


Toyota Corolla GR Sport 2023 bakal tiba di pasaran Malaysia – dilancar pada 28 Ogos, harga RM152,800?

UMW Toyota Motor (UMWT) telah pun memaparkan teaser mengenai Toyota Corolla GR Sport baharu, yang dikhabarkan bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Isnin hadapan, 28 Ogos 2023. Sedan segmen-C yang sporty ini akan menyertai barisan model GR Sport yang lain termasuk Corolla Cross dan Hilux.

Buat masa ini, UMWT belum mendedahkan sebarang perincian secara rasmi, namun berdasarkan senarai harga yang kami lihat sebelum ini untuk Corolla termasuk pilihan pakej GR Sport, model ini akan didatangkan dengan bampar hadapan, roda aloi, kemasan dalaman GR Sport dan juga talaan suspensi yang lebih padu.

Senarai harga (efektif mulai 3 Julai 2023) masih lagi dipaparkan di laman web Toyota Malaysia, dengan pakej GR Sport berharga RM5,000. Walau bagaimana pun, ia hanya ditawarkan untuk varian 1.8G, yang buat masa ini ditawarkan dengan harga jangkaan RM147,800 atas jalan tanpa insurans. Kemungkinan besar Corolla GR Sport ini akan ditawarkan pada harga RM152,800. Apa pun kita kena nantikan ia diumumkan sewaktu pelancarannya.

Toyota Corolla GR Sport 2023 bakal tiba di pasaran Malaysia – dilancar pada 28 Ogos, harga RM152,800?

Tidak dimaklumkan mengenai perubahan enjin, Corolla GR Sport mungkin mengekalkan unit yang sama iaitu 2ZR-FE 1.8 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris dengan hamburan kuasa 139 PS (138 hp atau 103 kW) pada 6,000 rpm dan tork 172 Nm, dipadankan bersama CVT yang memacu roda hadapan. Mungkin sama seperti Corolla Cross GR Sport dan Hilux GR Sport yang mengekalkan penjana kuasa yang sama, cuma menerima perubahan dari segi imej dan suspensi sahaja.

Kalau ikutkan, pelancaran Corolla GR Sport di Malaysia agak lambat berbanding pasaran negara jiran. Di Thailand, Corolla GR Sport (dikenali sebagai Corolla Altis GR Sport di sana) didatangkan dengan penjana kuasa hibrid, sementara di Filipina pula, bagi model bukan-hibrid, ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter NA empat-silinder.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button