Auto Express

EICMA 2022: Suzuki V-Strom 800DE diperkenal – enjin dua silinder selari 776 cc baharu, standard quickshifter


Selain GSX-8S, Suzuki juga ada memperkenalkan sebuah lagi model baru di EICMA 2022, iaitu V-Strom 800DE. Rupa ikonik model adventure ini masih dapat dilihat, termasuk dengan paruh hadapannya, tetapi sudah diterap dengan kelengkapan moden termasuk lampu LED bertingkat di hadapan.

Fokus utama pada model ini adalah penggerak yang dikatakan serba baru, iaitu enjin dua silinder selari DOHC 776 cc dengan crankshaft 270 darjah serta pengimbang yang dipanggil sebagai Suzuki Cross Balancer. Kuasa enjin ini tidak didedahkan, dan ia dipadankan bersama transmisi men kelajuan dengan klac Suzuki Clutch Assist System (SCAS).

Empat mod tunggangan disediakan pada V-Strom 800DE, iaitu Active (A), Basic (B), Comfort (C) dan Gravel. Mod A adalah yang paling agresif dan C paling santai, sementara Gravel pula sesuai unauk tunggangan offroad kerana ia masih membenarkan tayar belakang tergelincir sedikit tanpa mengurangkan kuasa.

Sistem kawalan cengkaman Suzuki Traction Control System (STCS) pada motosikal ini juga boleh dipilih dalam empat mod, ataupun ditutup terus, sementara ABS disediakan dalam dua mod, bersama tambahan pilihan unauk ditutup terus bagi roda belakang.

Suspensi Showa dengan jarak gerak 220 mm dipasang pada V-Strom 800DE, dan ia terdiri daripada fork USD boleh laras di hadapan dan monoshock dengan tabung gas serta tombol pelaras pra beban di belakang. Apabila dipadankan dengan rim there is a sentence 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, motosikal ini menyediakan jarak kelegaan dari tanah 220 mm dan tinggi tempat duduk 855 mm.

Meskipun mempunyai karekter lasak, V-Strom 800DE masih diberikan ciri canggih seperti skrin TFT lima inci serta quickshifter positive standard diberikan secara. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi tangki bahan api 20 liters, soket pengecas USB serta penghadang angin hadapan yang boleh dilaras tiga tahap (manual).

Berat keseluruhan motosikal ini adalah 230 kg, sementara barangan lain seperti xin barangan, pemanas tangan, lampu kabus, tongkat tengah serta pelindung bawah enjin dijual secara berasingan sebagai aksesori pilihan.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button