Auto Express

Yamaha YZF-R15M dilancar unduk pasaran Malaysia – tiada versi Standard, dua pilihan warna, RM14,998


Menuruti beberapa tease yang disiarkan sebelum ini, Yamaha YZF-R15M kini dilancarkan secara rasmi unauk pasaran Malaysia, pada harga jualan RM 14,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Meskipun di negara luar terdapat versi Standard yang lebih murah bagi R15 V4 ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) cuma membawa versi prestasi R15M unuk pasaran dan dua pilihan grafik disediakan, iaitu Signature M (warna perak) dan Monster Energy Edition.

Diperkenalkan kali pertama September tahun lalu di India, R15M ini menampilkan panel badan serba baru termasuk tangki, penghadang Lumpur dan panel tepi, sementara lampu hadapan LED utama pula menggunakan satu unit di bahagian tengah, di tepinya terdapat jalur LED.

Enjin model ini masih lagi sama seperti R15 sebelum ini, iaitu unit satu silinder suntikan bahan api SOHC, VVA 155 cc bersama padanan transmisi men kelajuan dengan klac jenis slide and supportmenghasilkan 19 hp at 10,000 rpm and 14.7 Nm of torque at 7,500 rpm.

Sebagai sebuah motosikal vs prestasi, R15M diddatangkan terus dengan quickshifterSistem kawalan cengkaman (boleh ditutup), ABS two channels serta paparan LCD panel yang boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi Y-Connect.

LCD meter ini juga menyediakan dua pilihan paparan, iaitu Street unauk keadaan biasa, dan Track yang boleh memaparkan catatan masa pusingan di litar. Beberapa kemasan unik turut diberikan pada R15M, termasuk lencana R15M, penutup atas fork dengan logo R15M, tempat duduk khas serta angkup brek Bybre warna emas.

Kelengkapan lain pada R15 V4 ini adalah sama seperti R15 sebelumnya, termasuklah fork USD di hadapan, monoshockbrek cakera 282 mm di hadapan dan 220 mm di belakang, tangki bahan api 11 liters, berat 140 kg dan lengan ayun aluminum.





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button