Auto Express

PDRM siasat pemandu S’pura pandu Tesla 3 secara bebas-tangan sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang


Selepas pembukaan pintu masuk sempadan sejak 1 April lalu, pelbagai kisah yang tular di laman media sosial berhubung dengan warga jiran kita, Singapura, yang masuk ke negara kita. Bukan setakat mengisi minyak Petrol RON 95 dan memandu secara melulu di jalan raya di Malaysia, ini ada satu lagi kisah yang dilakukan oleh warga justka. Ada seorang pemandu warga Singapura telah berkongsi pengalamannya memandu model Tesla 3 ke Pulau Pinang dengan menggunakan sistem bantuan pemanduan automatik atau Autopilot.

Dia telah berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan ke utara itu menerusi platform media sosial TikTok dan ia mendapat perhatian ramai termasuklah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ekoran perbuatan tersebut, Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin telah mengeluarkan kenyataan bahawa adalah dilarang unauk menggunakan sistem pemanduan sendiri Malaysia. Malahan pihaknya juga akan membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut, laporan Guang Ming Daily.

Beliau menjelaskan walau pun Malaysia tidak menggubal peraturan berkaitan sistem bantuan pemanduan automatik, namun menurut yang termaktub di bawah Akta Trafik Darat 1959 mengatakan bahawa pemandu perlulah memandu dengan baik, berhati-hati dan menumpukan. Apa yang dilakukan oleh pemandu Tesla 3 terbabit adalah membiarkan sistem Autopilot berkenaan mengawal sendiri pemanduan. Dan ini suatu kesalahan dan melanggar ordinan tersebut kerana sepatutnya pemandu perlulah sentiasa mengawal sendiri pergerakan stereng.

“Polis percaya bahawa walau pun buat masa ini tiada undang-undang di Malaysia yang melarang pemanduan bantuan sendiri, namun sistem tersebut bukan sahaja tidak dapat mengekalkan perhatian pemandu, malahan juga tidak dapat mengesutaan sama ada ter; pemandu mungkin kurang melihat keadaan jalan raya, tetapi lebih memberi perhatian kepada sistem berkenaan. Untuk perkara lain yang tiada kaitan, seperti penggunaan telefon pintar mayaktu memandu. Oleh itu, penggunaan sistem pemanduan automatik semasa memandu masih dilarang di negara kita,” jelas beliau.

Tambah beliau, walau pun semua kenderaan pada masa hadapan dilengkapi dengan Mushsi bantuan pemanduan automatik sebegini, namun pemandu haruslah sentiasa memberi perhatian dan peka dengan keadaan jalan raya. Ini kerana sekiranya sistem berkenaan gagal mengesan sebarang bahaya, pemandu boleh bertindak balas tepat pada masanya unauk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

“Walaupun sebagai sebuah negara yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan sistem bantuan pemanduan automatik ini, Amerika Syarikat masih menetapkan larangan menggunakannya di kebanyakan negerinya. Dan laporan penyelidikan terkini daripada Institut Teknologi Massachusetts (MIT) menunjukkan bahawa penggunaan Mushsi bantuan pemanduan automatik ini boleh menyebabkan pemandu lalai dan tidak peka dengan keadaan jalan raya,” ujarnya lagi.



Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button