Auto Express

PACE 2023: myTukar tawar baucar bernilai RM2,500, cat kenderaan dan nikmati potongan harga35%


PACE 2023: myTukar tawar baucar bernilai RM2,500, cat kenderaan dan nikmati potongan harga35%

Selain pelbagai jenama kenderaan baru, turut menjadi pempamer di acara PACE 2023 yang sedang berlangsung di SCCC, Setia Alam pada hujung minggu 4-5 November 2023 ini ialah myTukar yang membawakan pelbagai perkhidmatan model kenderaan terpakai untuk pengunjung.

Bagi 50 pelanggan terawal yang membuat tempahan untuk kenderaan myTukar Certified di PACE 2023 akan menerima baucar bernilai RM2,500 untuk produk dari jenama seperti V-Kool, Dodomat, Blueair, Recaro dan DK Schweizer. Dan, lebih menarik, semua kenderaan yang dibeli ini akan diserahkan kepada pemiliknya sebelum 20 November nanti.

myTukar juga menawarkan promosi bagi perkhidmatan mengecat kereta. Pelanggan yang membuat tempahan untuk servis ini akan memerima potongan harga sebanyak 35% daripada harga pakej tersebut. Tawaran ini sah selama dua bulan dari tarikh tempahan dibuat. Pelanggan juga akan menerima servis kredit RM150 percuma yang boleh dituntut di mana-mana pusat servis Carro Care untuk sebarang servis (selain daripada pusat cat kenderaan) dalam masa tiga bulan.

Jika ingin memperbaharui insurans melalui myTukar juga boleh, dengan tawaran potongan harga 10% dari harga premium (tidak termasuk SST dan setem duti) bagi 1,000 pelanggan terawal. Untuk menikmati lebih banyak tawaran, masukkan kod promo (MYTUKARPACE) ketika transaksi.

Selain itu, jika menempah mana-mana model kereta menerusi acara PACE 2023 ini, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Rakan penaja utama PACE 2023, Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button