Auto Express

Honda HR-V 2022 di M’sia – 1.5L NA, 1.5L Turbo, e: HEV hibrid; Honda Sensing, jangka RM120-RM140k


Honda HR-V 2022 kini sudah mula ditunjuk di malaysia, dengan penampilan pertamanya dilakukan dalam acara pratonton kepada pelanggan hujung minggu ini di lima Premis pengedar berasingan, sebagai yang pertama dalam siri jelajah unauk merancakkan SUV kbelanadangan puhadic

Kenderaan yang ditunjukkan adalah dari versi pra-produksi, dan tiada sebarang fotografi dibenarkan. Namun, ia memberi petunjuk kepada barisan model dan pilihan enjin yang bakal ada dalam pasaran tempatan. Empat gred varian bagi HR-V generasi ketiga ini akan dijual di Malaysia, terdiri daripada 1.5LS, 1.5LE, 1.5LV dan yang paling tinggi, 1.5L e: HEV RS.

Seperti juga versi hibrid unauk City sedan dan hatchback, HR-V hibrid menampilkanosystem i-MMD, yang menggabungkan enjin 1.5 liter NA kitaran Atkinson (105 PS / 127 Nm), dengan dua engine, dengan yang paling besar menjana 131 PS dan 253 Nm . Sistem ini merupakan lonjakan besar berbanding versi hibrid HR-V yang sebelum ini dengan sistem i-DCD, yang berfungsi lebih kepada EV “range extender”.

Dua varian seterusnya, Grade E dan V pula menggunakan unit L15C 1.5 liter VTEC Turbo yang menghasilkan 177 PS dan 240 Nm, sementara S yang paling asas menerima unit Earth Dreams 1.5 liter NA i-VTEC yang menawarkan 121 PS dan 145 Nm tork; enjin yang sama dengan City sedan dan hatchback. Ini bermakna, Malaysia akan menerima tiga pilihan enjin unauk HR-V 2022 ini, berbeza dengan Thailand yang hanya ada versi hibrid. Indonesia pula hanya ada enjin 1.5 NA dan turbo, tanpa versi hibrid.

Dari segi kelengkapan, antara yang sudah boleh disahkan adalah semua varian HR-V terbaru ini akan dilengkapi dengan Honda Sensing, skrin sentuh lapan-inci di tengah RS) dan lampu utama LED sebagai ciri standard.

Selebihnya, Grade S, E dan V datang pendingin zon tunggal, manakala RS datang dengan sistem dwi-zon – semua varian lengkap dengan corong pendingin di belakang. S dan E pula datang dengan kerusi balutan fabrik, sementara V dan RS dengan balutan kulit.

Ring bag, S dan E dilengkapi saiz 17-inci (dengan tayar Goodyear Assurance Triplemax 2 215/60), manakala rim V dan RS 18-inci (Continental Ultra Contact UC6 225/50).

Harga bagi HR-V 2022 belum diumumkan, tetapi perunding jualan di empat lokasi yang kami kunjungi meramalkan harganya akan bermula di sekitar RM120k hingga RM140k. Terus perhatikan ruang ini unauk perincian lanjut mengenai SUV ini.





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button