Auto Express

Toyota Innova Zenix 2023 – Differentiated imej teaser; guna TNGA platform, didedahkan di Indonesia bulan depan?


Nampaknya khabar angin yang bertiup sebelum ini menyatakan bahawa Toyota Innova generasi baharu bakal didedahkan di Indonesia bulan hadapan akan menjadi kenyataan – Toyota Indonesia Telahpun menyiarkan imej tease unuk MPV tujuh tempat duduk berkenaan di laman web rasminya!

Intro tersebut menayangkan bahagian muka Innova generasi ketiga tersebut, yang menunjukkan ia menerima gril tinggi berbentuk heksagon, diapit dan bersambung dengan lampu hadapan yang tirus. Gambar yang tease tersebut digelapkan pada bahagian bawah muka MPV ini, namun apabila kami membuat larasan semula pada warna, rupa bampar Innova 2023 ini dapat dilihat.

Bampar berkenaan diberikan kemasan seakan liang ambilan udara pada setiap sisi dengan bahagian yang nipis pada bahagian tengah unauk menghubungkan kedua-duanya. Dalam foto intipan yang dilihat sebelum inijalur melintang yang ada pada kemasan berkenaan sebenarnya adalah lampu nyalaan siang LED.

Tiada perincian lanjut didedahkan menerusi imej tersebut kecuali kapsyen “The boundary is coming” menandakan kemunculan sulungnya akan dibuat tak lama lagi. Namun dalam laporan sebelum ini, Innova 2023 dikhabarkan dibina berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan akan didedahkan di Indonesia pada November 22, diikuti dengan pasaran India sebelum berakhir tahun ini.

Secara spesifiknya, foundation yang digunakan pada Innova baharu ini adalah dari varian TNGA-C bagi menggantikan casis ladder frame yang dikongsi bersama Toyota Hilux pada Innova genrasi sedia ada. Seperti yang boleh dilihat pada foto intipan sebelum ini, Innova 2023 tersebut nampak lebih normal dan tidak janggal seperti model generasi sebelumnya.

Laporan sebelum ini juga menyebut bahawa di Indonesia Innova generasi baharu tersebut mungkin akan diberi nama Innova Zenix atau mungkin hanya akan toali sebagai Toyota Zenix bagi varian paling tinggi.

Ia adalah unuk mengikut apa yang telah dibuat pada MPV tujuh-tempat duduk yang lebih kecil iaitu Toyota Avanza. Buat masa sekarang varian tertinggi Avanza go to Indonesia hanya toali sebagai Toyota Veloz dan bukan lagi Toyota Avanza Veloz seperti generasi sebelumnya. Ini bagi membolehkan Avanza dipisahkan dengan Veloz bagi memberikan imej lebih pada Veloz premium, seolah-olah ia tiada kaitan dengan Avanza.

Manakala dalam laporan Autocar India, model generasi baharu ini ia akan toali sebagai Innova Hycross di India, mengantikan Innova Crysta generasi sedia ada. Portal tersebut turut menyatakan bahawa Innova Hycross ini menerima unit rangkaian kuasa hibrid, menjadi model kedua hibrid Toyota diperkenalkan di negara berkenaan tahun ini selepas SUV Toyota Hyryder.

Laporan berkenaan juga menyebut bahawa tiada varian dengan enjin diesel ditawarkan unauk Innova Hycross ini di India di mana ia hanya hadir dengan enjin petrol 2.0 liter bersama sistem hibrid hampir sama ditawarkan pada Toyota Hyryder. Namun, dijangka pelanggan masih boleh membeli Innova dengan enjin diesel kerana model Innova Crysta diesel akan terus dijual bersama Innova Hycross di bilik pameran.

GALERI: Imej spyshot Toyota Innova 2023 yang diuji di India

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button