Auto Express

Polis siasat video tular anggota iring kereta anak MP


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan sahr diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosik Sab Mei PDRM di Jalan Bukit Gamalbir, Pulau Mei 2022.

“Rakaman video yang tular, berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’. Rakaman terbabit memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka dan siasatan terperinci akan dilakukan ke atas kedua-dua anggota yang terlibat. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menerusi video yang tular tersebut, pemandu kereta terbabit yang telah dirakam videonya ketika memandu di Jalan Bukit Gambir dan kelihatan diiringi oleh dua anggota polis bagi memastikan jalan di hadapannya lancar termasuk ketika lamp Lelaki yang memandu kenderaan model Land Rover ini dipercayai merupakan anak kepada Ahli Parlimen (MP), menurut Star.

Malah menerusi paparan video tersebut, turut terlihat sebuah kenderaan yang terpaksa berhenti secara mengejut walau pun lampu isyarat laluan terbabit hijau. Ini pastinya memberikan risiko pelanggaran sekiranya kenderaan di belakangnya tidak dapat berhenti secara serta-merta.

Dalam masa yang sama, paparan video berkenaan turut mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan Individualu terbabit yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang





Source link

news7g

News7g: Update the world's latest breaking news online of the day, breaking news, politics, society today, international mainstream news .Updated news 24/7: Entertainment, Sports...at the World everyday world. Hot news, images, video clips that are updated quickly and reliably

Related Articles

Back to top button